Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

17 February 2013

Saya pilih ISLAM


Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat,
"Faridah, kau pilih siapa ? Hijau ke biru."
Dengan selambanya saya menjawab,
"Aku tak pilih parti tapi pilih PEMIMPIN. Tak kisah orang itu daripada parti mana, asalkan dia ISLAM dan bertanggungjawab."


Sememangnya saya cukup rimas bila ada yang tanya saya sokong mana. Saya cuma pilih ISLAM.


Dalam Al-Quran pun sudah bagi garis panduan untuk kita memilih pemimpin.


"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali* dengan meninggalkan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (tipu helah) memelihara diri daripada sesuatu yang mereka takuti. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap (seksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali(mu)."
(Surah Ali-'Imran, ayat 28)

*Auliya' adalah jama' dari kata wali bererti teman akrab, juga bererti pemimpin, pelindung, atau penolong.



"Sesungguhnya Allah menyuruh menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesunguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Nisa', ayat 58)

Orang yang tidak dapat memberikan kebajikan kepada manusia dan masyarakat, tidak layak memegang jawatan dalam pemerintahan.
Kebajikan yang dimaksudkan itu bukan hanya sekadar wang ringgit yang ditaburkan ke sana sini, dan bukan juga hiburan yang melalaikan. Tetapi kebajikan yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



"Khabarkan kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari ketakutan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah, bahawa semua kekuatan itu hanya milik Allah."
(Surah Al-Nisa', ayat 138 & 139)


"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukum kamu)?"
(Surah Al-Nisa', ayat 144)



Pilihan kita pada hari ini adalah penentu masa depan kita, bukan sekadar masa depan di dunia tetapi di akhirat juga.


Fikirlah dengan akal dan hati Islam sebelum memilih. Hindarilah diri memilih mengikut pandangan nafsu.


" Tidak kisahlah parti mana sekalipun, paling penting ISLAM. "

5 comments :

  1. kalau pemimpin islam tp x amalkan islam mcmana?

    ReplyDelete
  2. Pilihlah pemimpin Islam yang bukan hanya pada I/C. Jika tiada pilihan lain, pilihlah orang Islam. Dan jangan sesekali pilih orang yang bukan Islam.

    ReplyDelete
  3. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. knpa x blh pilih non muslem kalau non muslem tu lbh berakhlak dr muslem? ulamak pn begabung dgn non muslem spaya dpt runtuhkn kjaan yg korup

    ReplyDelete
  5. Lebih baik pilih pemimpin yg fasiq tapi tegas daripada pemimpin yg warak tp lembut.
    Ini kerana yg fasiq itu adalah atas dirinya tetapi dia tegas menjaga rakyatnya.
    Dan yg warak itu adalah atas dirinya tapi dia lemah dlm mentadbir negara hingga mudorat pada rakyatnya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_