Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

17 August 2018

Tunang sebelum Nikah



Dahulu kala orang kita menghantar rombongan merisik dan meminang merangkap bertunang beberapa bulan atau minggu sebelum majlis pernikahan.
Tapi semenjak bertunang 'seminit' sebelum nikah dimulakan oleh seseorang mulalah berduyun nak ikut.

Apa tujuan kita bertunang sebenarnya, Sekadar ikut adat ?

Jika keluarga pihak perempuan dan pihak lelaki sudah rapat bagaikan saudara sendiri yang sering kunjung mengunjung, tak perlu buat rombongan rasmi bertunang pun tak pe.
"Kita nikahkan sahaja mereka mereka..." kata ibu ibu bapa bapa
Tapi jika ibu bapa tak pernah bersua muka dengan bakal menantu mereka dek kerana masing-masing tersipu malu bagai, eloklah pihak lelaki hantar rombongan meminang dahulu.
Kang terkejut pulak mak bapak pihak perempuan bila terdengar anaknya nak nikah bulan depan. Hee...
Bagi saya tempoh bertunang tu la ruang waktu untuk membuat persiapan nikah.
Lebih-lebih lagi sekarang ni makin rumit rasanya nak nikah. Macam macam prosedur kena ikut. Kerumitan tu jugak mengajar kita untuk bersabar sebagai persedian untuk menempuh alam rumahtangga nanti. Ewah.

Macam saya bertunang Julai 2016 dan bernikah December 2016.
Tempoh tu memang cukup2 je untuk buat segala persiapan dokumen dan barang barang untuk nikah.
 

Bertunang di Hari Raya. Sambil menyelam minum. Mujur tiada yang lemas. Hehehe.


No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_