Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

08 February 2011

Cam La Hensem Sangat

Memang gelak terguling-guling duk kat Group Sahabat Blogger di facebook ni. Masuk sekejap aje cukuplah, gelak sampai berair mata. 


Ada kontes untuk  Group Sahabat Blogger di facebook.
Malas ni nak cerita panjang lebar. U all mesti malas nak baca. Kan kan??? Sila angguk. tehehee



Percalonan Blogger Paling Perasan Hensem Di Sahabat Blogger dimulakan ----->



  • Buat Tajuk : Cam La Hensem Sangat.. 
dah letak kat atas tu


  • Buh Logo Sahabat Blogger dan link ke entry ini
de kat bawah post


  • Cadangkan 2 [lebih lagi bagus] Blogger Lelaki yang korang rasa perasan hensem [jangan calon diri sendiri] 
Memang takkan calonkan diri sendiri la. Saya perempuan. lalalaa ~

Saya nak calonkan
jeng
jeng
jeng


dan


          
  • Bubuh gambar dorang.
< Sebelah kiri Ujang and sebelah kanan Syafiq >
Geledah punya geledah FB Syafiq and Ujang,
akhirnya jumpa gambar dua kat atas tu.
Cam la hensem sangat bergambar ngan Heliza tu.
De unsur kejelesan di situ,
sebab tak dapat bergambar ngan Heliza. T_T


  • Buat cerita mengapa mereka perasan hensem sangat dalam group Sahabat Blogger

 Mengapa mereka perasan hensem sangat dalam group Sahabat Blogger??
Sebab.....

sebab mereka sangat ramah... FULLSTOP

Tatot nak cerita panjang panjang.
Nanti I kena ban ngan mereka berdua.


  • Dah siap, tinggalkan link kat ruangan komen beserta nama blogger yang anda jadikan bahan.
wokey, BEREH!




 Sesiapa yang mau join boleh klik kat logo SB tu. Jum kita kecohkan lagi SB... ^_^





07 February 2011

Memasak itu mudah dan menyeronokkan

4 hari duduk bertapa dalam selimut. Hasilnya? Peluh peluh sehat. tehehehe... Hali ni manyak celonok. Dapat kenal peluh peluh sehat. Alhamdulilah. Selera makan pun dah pulang ke pangkuan tuannya. Tugas menternak badan bakal bermula. Ekekeke... Selamat kembali lemak lemak baru.

Bila cerita pasal selera makan, akan timbul la pasal makanan and aktiviti masak memasak. Siapa tak suka masak sila angkat keyboard. Ops, salah soalan pulak. Tak pasal pasal ramai yang angkat keyboard. Tak de pulak orang mau tinggalkan komen untuk entri saya ni.

Sebenarnya mau tanya siapa yang tak suka makan sila angkat keyboard. Angkat kaki sekali.
Tak pasal ada muntah hijau atas keyboard time tengok gambar makanan yang berlambak lambak ni nanti. Lalalala...

Ramai orang suka makan, tapi tak ramai orang suka masak. Kenapa, Kenapa, Kenapaaaa.....????
Ada yang cakap susah, ada yang cakap tak de bakat.... Alahai.... Perlu ke nak masak nasi pun kena pergi Universiti dulu belajar masak? Takkanla kena ada bakat terpendam dulu baru boleh memasak?


Memasak tu mudah dan menyeronokkan wokey. 
Yang penting RAJIN, and lagi bagus KREATIF.



Antara makanan yang senang untuk di masak :


Kerabu pucuk paku.
Makan sayur untuk sehat dan kuat cam popai. 


 Cucur lobak muncul selepas bosan melihat cucur bilis and cucur udang.


Kew teow tomyam pun ada.
Nyum Nyum.
Hanya guna pes tomyam saja.
Lalalaaa....

 Mee goreng nenas mencari kelainan.


Bubur nasi ceria.




Banyak lagi gambar makanan mau tunjuk sebenarnya. Tapi tetiba hilang pulak. si Tijah la ni yang sorokkan. Salah kucing pulak. Padahal tak tau save kat ne.


Nak tengok resepi yang senang dan sedap, bolehlah terjah blog Mat Gebu -----> Dapur Tanpa Sempadan
Macam macam ada. Rasa nak ubah selera makan bolehla cuba resepi yang dibuat oleh Mat Gebu.
Lelaaki pun suka masak, takkan perempuan malas kot.... ~ lalalaaa...



01 February 2011

Entri ringkas dari budak demam

Ini bukan iklan sarung kaki K-Life.
T_T
Seharian pakai setokin.
Dah macam ibu lepas bersalin aje rupanya.


Semalam tak dapat updated blog. Kesehatan yang tak mengizinkan tangan menaip. T_T

Bangun pagi semalam terus rasa sakit tekak. Punca??? Tak tau la....
Ingatkan sekadar sakit tekak biasa aje. Rupanya tidak. Suhu badan biasa tetiba naik mendadak bagai suhu gunung berapi. Tak perlu letak kat dahi kepala untuk tau saya ni demam. Pegang baju pun boleh terasa panasnya.
Kepala berdenyut-denyut, jalan pun tak stabil. Kena pegang dinding masa berjalan cam budak kecik yang baru nak pandai berjalan.

Keadaan kesehatan saya tu tak menghalang langsung untuk saya terus menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam even saya tak mampu nak solat berdiri. Saya masih boleh solat duduk.

Disebabkan saya seorang suka jumpa doktor, malam tu saya terus pergi klinik Tapi bukan doktor gigi. Doktor gigi sangat menakutkan.

Saya suka jumpa doktor bila saya sakit sebab mau antibiotik. Sebab pe saya suka antibiotik??? Entahlah... Saya nak cepat baik kot. Saya tak mau sakit lama lama. Keadaan saya teruk masa sakit. Teruk Teruk. Dah macam gaya ipin bercakap.

Doktor bekalkan tiga jenis ubat.
  • Ubat demam warna pink
  • Antibiotik untuk demam (ubat paling saya suka)
  • Ubat athma warna pink jugak


Ok... Babai... Mau pergi makan ubat... T_T




 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_