Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

10 February 2011

Hanim Slumber Gurl???

Siapa kata saya slumber gurl? Meh saya pok dia. Saja nak cari gadoh tau! 
Saya ni gadis ayu la. Wokey, sila muntah kat toilet sekarang. Saya tau tu satu pengakuan yang tak sepatutnya. T_T

Saya tak mau taip banyak banyak. Tengah marah ni.
Kamu tengok saja siapa yang kelaskan saya sebagai Slumber Gurl. Tang mana yang slumber tu? Habaq mai!





Dah tau siapa yang buat tu? Tak tau jugak. Meh saya bagi tau, orang tu adalah Faizal Fredley




nota kecil gadis :
hehehe... Jangan marah FF. Gurau gurau saja. 
Tak pasal pasal kena buang dari bloglist dia. Takut nih.... lalalaaa
Terima Kasih FF masukkan Hanim dalam bloglist FF.  Arigatou!



Jom terbang ke UTHM




Rindunya caye kat dia. Rindu sangat ni. Rasa nak terbang terus and landing kat stadium UTHM tu. Iqbalhakimi pinjam kapal terbang. *kapal terbang kat header blog dia memang comei lorh*
Stadium tu baru siap. Itupun siap lepas saya graduate. Kempunan nak joging kat situ. huhuhu...

Kenangan di stadium UTHM sebelum ubahsuai. 
Masa ni masih dipanggil KUiTTHO. 
Muka pun comot comot lagik.


Dulu KUiTTHO, kini UTHM

6 tahun duk belajar kat UTHM tu. Rasa cam dah sebati ngan diri. Berjauhan 4 bulan pun rasa cam 4 tahun.

Nak p cari mesin masa doraemon and pergi ke zaman belajar dolukala. Zaman kejar-kejar pensyarah, rebut-rebut buku kat library, cari-cari port best tuk study..... Memang bestla.

Hurmm,,, masa ni la nak cari mesin masa. Masa belajar dulu, cepat-cepat nak pusing jarum jam supaya cepat tamat pengajian. Dah jemu dengar orang tanya bila nak abes belajar. Sekarang jemu pulak dengar orang tanya bila mau kawen~huh.

Ada jugak yang cakap kami extend, sebab lama sangat duk kat situ. Depa tak tau kami sayang nak tinggalkan UTHM ni.


:: R :: I :: N :: D :: U ::


Rindu nak p kuliah. 
Bilik kuliah time namanya KUiTTHO.
Kecik je. Kerusi pun tak banyak.
Naseb tak baik kena g cari kerusi kat bilik lain.
Naseb tak baik tu sebab lambat g kuliah. *wink2*

Rindu nak wat assignment dengan kengkawan


Paling suka presentation. 
Dapat pegang mikrofon. ~ lalalalaaa...


Rindu nak buat kerja 'buruh kasar'
*suka pakai tudung hitam and koko masa buat kerja-kerja bengkel*


ops,de peluh peluh comei kat muka




 kenangan memandu jentera comei. Kami panggil BOBCAT.



Rindu nak duk melepak makan kat arked

Mangsa teman makan sejak diploma lagi.


Rindunya kat UTHM






Apa habaq UTHM sekarang ? Sesiapa student UTHM mai la cerita kat che'.....
* Tak merasa nak study kat library baru yang bertingkat tu. T_T *





09 February 2011

Bila si Dia mula memberi alasan


' Mak ai. Bengangnya aku ngan dia ni.
 Berkali kali ajak keluar ada sahaja alasan. 
Memanjang busy. Dulu tak camni pun '


Mula rasa bengang and sakit hati bila si Dia tak memberi perhatian. Tiba tiba sikapnya berubah. Dari seorang yang caring menjadi seorang yang acuh tak acuh. Permulaan babak percintaan yang nampak indah berseri seri berubah menjadi kelam. Kenapa erk? Mencari punca masalah lebih baik dari menyalahkan sesama sendiri. 


Saya sendiri pun pernah merasa situasi seperti ini. Tapi dialog atas tu tak de kaitan pun dengan cerita saya. Rekaan semata mata. Tiada kaitan antara yang makan or yang membaca. *wink2* sambil buat muka paling comel. euuww... comel ke?


Boleh tak saya nak katakan lelaki yang mula memberi pelbagai alasan tu sebenarnya ada melakukan kecurangan di belakang. Taip sambil nyorok bawah selimut. Takut takut ada blogger boys yang baling telur pulak. 
Opss,,, jangan marah erk.... Itu cuma pendapat saya. Kenapa saya cakap camtu? Sebabnya,

Saya dah alaminya.
Bukan saya sahaja.
Kawan saya jugak.
Orang yang call hot.fm tu pun.



Kisah di suatu malam yang bukan malam Jumaat :

Jejaka : Buat apa?
Gadis : On the way ke rumah makcik. Nak bincang pasal rombongan meminang untuk anaknya. * Mama pun berbisik pada anak gadisnya, bila dia nak datang merisik bawa family. Bolehla kenal kenal. * 
Jejaka : Owh 
Gadis : Mama tanya bila nak datang merisik bawa famili. Bolehla kenal kenal. *Terus copy paste ayat mama.* 
Jejaka : Nantilah. Awak kan tengah belajar. Tunggulah abes belajar. Lagi satu semester je kan. Sabarla. Tengah kumpul duit ni. 
Gadis : Alahai, bukan suruh datang meminang. Cuma datang merisik. Berkenalan.

Memang famili dia dah kenai saya. Famili saya dah kenal dia. Tapi famili saya tak kenal famili dia. 
Si Jejaka terus mengalih arah perbualan kami. Something wrong kat situ. Padahal sebelum ni dia yang beria-ia. Nak datang meminang lepas saya abes belajar. 2012 menjadi tahun pilihan untuk tarikh istimewa tu.
*janji manis bersemut*


Semenjak perbualan malam itu hati saya mula rasa tidak seronok. Kurasakan sesuatu di situ.


Selidik punya selidik rupanya si Jejaka curang. Owh TIDAK! Pedih wo rasanya. Hati ni seperti diguris-guris oleh belati tajam.
Camne saya boleh tau dia curang? Rahsia kerajaan hati. hehehe...


Oleh sebab saya tak mau tuduh melulu. Saya pun mula berkias-kias dalam SMS.
' Awak, nape hubungan kita rasa cam hambar je '


Lebih pedih lagi bila dia jawab,
' Sudah tiada lagi rasa cinta '


Memangla tak de rasa cinta tu untuk saya, sebab rasa cinta dia dah bagi kat perempuan lain. Chet!


Dari situ lah saya tau yang si Dia memberi pelbagai alasan kerana cintanya telah beralih arah.
Cara terbaik, putus saja. Lebih baik putus masa bercinta dari bercerai masa bernikah. 


Perlu ke nak bakar hadiah yang chantek hanya kerana marahkan si pemberi hadiah?





nota kecil gadis :
Entri ni hanya satu percubaan untuk wujud segmen Alahai Lelaki kat blog Bicara Gadis. Harapnya dapat diterima semua pembaca. ^_^





 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_