Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 October 2011

Katakan tidak pada perut buncit !


Memiliki status PMD (Perut Maju ke Depan) pastinya sukar.

Jika lelaki memang la boleh dikategorikan sebagai comei bila memiliki PMD, tapi bagaimana pula wanita ? Kenyakinan diri terus jatuh merundum. Tetibe terasa kecil berjalan dikhayalak ramai walaupun sebenarnya besar. >.<


Kadang-kadang kita lihat sesetengah orang makan banyak tapi badannya still slim world. Jeles bukan ?



Tahukah anda, 
tabiat seharian yang tidak sihat 
sebenarnya punca perut buncit.




Ada 5 tabiat yang kurang sihat patut dihindari jika kamu tidak mahu memiliki status PMD.


1. Makan terlalu cepat
Mengunyah makanan terlalu laju akan menyebabkan kita cepat menelan makanan tersebut sebelum ia hancur sebenar-benarnya. Penghadaman kurang bagus adalah punca kebuncitan perut. Ini serius. Saya telah lama perhatikannya.


2. Makan bersulamkan air
Makan bersulamkan air memang sangat tidak digalakkan, tapi makan bersulamkan kasi sayang amatlah digalakkan. Hee. Makan bersulamkan air bermaksud makan sesuap minum seteguk makan sesuap lagi minum seteguk lagi. Makan dan terus minum menyebabkan air akan menolak makanan ke tepi usus dan mengundang PMD.


3. Mandi sejurus selepas makan
Lapar tapi tak mandi lagi. Mana patut lakukan dulu ? Mestilah mandi ! Janganlah sesekali kamu nak makan dulu lepas tu terus mandi. Memang sengajalah nak bagi perut maju ke depan dengan jayanya.


4. Mengamalkan tabiat 'ular selepas makan'
Masih ingat lagi mama pernah pesan jangan jadi seperti ular selepas makan. Mula-mula saya tak faham maksud mama. Bila lama-lama baru saya tahu. Tabiat 'ular selepas makan' adalah tidur. Elakkan  ! Cuba makan 4 jam sebelum tidur. Itu lebih baik. Bagi ruang makan diproses terlebih dahulu, baru tidur. Kamu rehat perut juga rehat.


5. Melonggarkan kancing seluar atau kain
Sesetengah orang memang suka melonggarkan kancing seluar ketika makan. Katanya tidak selesa. Melonggarkan kancing seluar itu bukan sahaja boleh menyebabkan PMD tapi juga tak baik untuk usus.




Ada juga 5 ruang yang tidak sepatutnya kamu makan di situ jika tidak mahu perut buncit.


1. Di hadapan television
Makan depan television memang sangat syok. Menonton sambil makan macam ala-ala makan popcorn dalam wayang. alololo.... comeinya. Tapi tahukan kecomelan itu boleh mengundang kepada penambahan berat badan dan PMD. Lebih-lebih lagi bila kamu menonton sambil duduk ala berbaring dan tangan mengapai makan masuk mulut tanpa henti.


2. Di ruangan kerja
Makan diruangan kerja memang akan jadi tabiat lebih-lebih lagi jika kamu tidak mempunyai ruang waktu disebabkan kerja yang berlambak. Kamu akan cenderung untuk makan dengan cepat dan banyak tanpa kamu sedar.


3. Bilik tidur
 Tabiat makan di bilik tidur akan menyebabkan kamu cenderung tidur sejurus selepas makan. Jangan ! Jangan jadi seperti ular selepas makan. Kesian perut terpaksa bekerja semasa kamu sedang tidur.


4. Dalam kereta
Makan sambil memandu menyebabkan kamu mengunyah makan dengan laju selaju kereta di jalan. Tentu sahaja tidak dapat fokus jika memandu sambil makan. Mana nak pegang stereng, mana nak pegang makan lagi.


5. Dapur
Ada sesetengah orang suka makan sambil berdiri di hadapan peti sejuk atau almari. Makan secara berdiri akan menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik dan menimbulkan banyak gas. (sumber dari SINI)



Punca paling utama yang menyebabkan perut buncit adalah makan selaju 100km/j, dalam erti kata lain mengunyah makanan dengan laju.


Akan tetapi lelaki selepas berkahwin memang tak boleh lari dari perut buncit. Sebab ??? Baca sendiri kat SINI. Malu saya nak explain kat blog ni. *tunduk malu*



Bicara Hati gadis : Sejak kerja di Petaling Jaya ni saya dah mula pandai kunyah makanan lelaju sebab nak jimat masa makan bila ada terlalu banyak kerja di pejabat. Sebab tu sekarang ni saya terasa perut saya pun dah mula pandai nak ke depan. Harus ubah balik tabiat makan sesopan mungkin !




Motif letak gambar dengan Fouziah Gaus ???




Keluarga Besar membahagiakan



Sangat meriah hidup bila ada keluarga besar ni. Kecoh you.... 


Masa kenduri atau hari raya pasti meriah dengan gelak tawa semua. Lupa seketika masalah beban kerja bila berkumpul. Melihat gelagat mereka sudah cukup menggelikan hati. Terasa bagai digeletek-geletek. Hee.. 


Keluarga besar ni pun ada cabarannya. Perselisihan faham itu perkara biasa. Tolak ansur itu perlu. Jika masing-masing nak menang dan keras kepala sampai bila pun masalah takkan selesai. Betol tak ???



I LOVE MY FAMILY !







Cuba cari mana satu saya ??? Muhehe...


 



Bicara Hati gadis :  Ahli keluarga tetap ahli keluarga. Marah mana pun kita, mereka tetap keluarga kita. Darah mereka sudah mengalir dalam darah kita. Tiada faedahnya pun jika kita bertengkar dan berdendam terlalu lama.



 

21 October 2011

Paranormal Activity 3 #TajukFilemSeram terbaik tahun ini


Oktober tahun ini memang sangat menggembirakan saya. First, dapat tiket TGV sempena birthday and the second one dijemput untuk Primiere Screening Paranormal Activity di GSC Midvalley. Weeeee.... Tengok dulu before release kat panggung wayang.


Paranormal Activity 3 is more more better than 1 and 2. Gerenti punyalah ! Konpiden je saya, padahal tak tengok pun Paranormal Activity 1 and 2. Hee... Salahkan gadis ini jika statement saya salah. Sebab dia yang kata 3 is better. lalala *buat muka tak bersalah*


Paranormal Activity 3 tidak seperti movie genre seram yang lain. Ia seumpama kamu menonton rancangan SEEKER.
Dialah pelakon, dia jugaklah jurukamera. Nampak ketamakannya di situ. Tapi itulah yang uniknya dalam Paranormal Activity 3. Apabila kamu menonton kamu akan terasa seolah-olah kamu di situ. Real punya !


Memang hilang la keayuan gadis melayu saya semasa menonton filem ni. ( Ayu la sangat kan >.< ) Seram punya hal.

Masa permulaan cerita semangat beliakkan mata (tipu!). Sekali masuk part seram terus menjerit sampai terangkat kaki. Malu youuuuuuuu... Rasa cam nak tutup muka dengan handbag. Orang lain tengok sopan je tak bersuara. Saya sahaja banyak bunyi.




Synopsis:
In 1988, young sisters Katie and Kristi encounter an invisible entity haunting their home. Although it appears friendly, it turns hostile, tormenting the young girls and their family. A scene near the start of the film, which is based before the second film, features Katie bringing over a box of video tapes to the home of her sister Kristi and after leaving Kristi starts to sort through some of tapes, being filmed by her husband Daniel.
< Credit to this girl >



Permulaan cerita sememangnya bahagia dan gembira, sepasang suami isteri (Kristi and Daniel) yang baru berpindah ke rumah baru. Tetapi kegembiraan itu bertukar menjadi seram apabila tape simpanan neneknya di tayangkan semula. Disitulah bermulanya kisah sebuah entiti yang mengganggu rumah Katie dan Kristi semasa mereka masih kanak-kanak. Kewujudan entiti tersebut telah menyebabkan hidup keluarga Katie dan Kristi pada masa itu terseksa. Lebih-lebih lagi apabila ibu dan teman lelaki adalah mangsa entiti tersebut.
Kamu pasti tak sangka yang pemilik entiti tersebut adalah ahli keluarga terhampir mereka. Serius terasa kejam sangat masa tu. O.o
Nak tau siapa pemilik entiti tersebut dan apa yang terjadi padi ibu Katie serta teman lelaki ibunya, kena tonton dan rasai keseramannya sendiri di pawagam. Mana boleh saya sorang sahaja rasa seram, kamu pun mesti kena jugak !





 Terima kasih pada pojiepooh sebab baik hati bagi saya tiket tu dan saya dapat berkenalan dengan #tunangkite yang dia selalu sebut tu. Hee. Suka !



SELAMAT MENONTON !







 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_