Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

01 June 2022

3 hari HFMD

Post ni hanya bercerita tentang pengalaman hanim jaga anak kecil yang kena hfmd. Segala perkongsian tiada kaitan dengan medical evidence. Cuma ada perkongsian pengalaman sendiri dan hasil pembacaan sahaja.

Bermula hari Khamis malam Jumaat, Sumayyah (2y 5m) panas badan and dia mengadu 'gigi gigi'. Tapi bila hanim and husband tengok tak nampak apa apa yang pelik dalam mulut dia. So masa tu kami beranggapan dia nak tumbuh gigi. Tapi tak pernah pulak selama ni dia nak tumbuh gigi demam. 

Malam tu hanim ambil MADU dan letak dalam air yang ada sumber vitamin C. Bancuh dan bagi sumayyah minum. Nampak hidungnya meleleh sikit and panas badan tu hanya pinggang ke atas je. Selalu camtu time dia berkahak (batuk atau selsema).

Kalau berkahak ni memang madu la selalu hanim bancuh bagi minum. 

Hanim suka rasa madu ni. Letak dalam kopi pun sedap. Hanim beli kat website SINI

Malam sebelum tidur husband hanim bagi ubat demam. Yela. Risau time tidur suhunya naik tanpa kami sedar.

Esoknya 27 Mei, ternampak blister 2 ketui kat tangan and ada kat dalam mulut jugak. Mulut tu hanim tak nampak jelas ada berapa. Sumayyah tak nak buka mulut. Memang kena paksa teruk. Tengok tapak tangan dan tapak kaki takde blister. Cuma ada rash, tu pun kat bahagian dalam kulit.

Tengok segala tanda & gejala tu memang fikir hfmd je.
Hanim terus cari maklumat, tanya adik2 ipar dan baca maklumat online.

HFMD adalah singkatan untuk hand, foot, and mouth disease. Ia merupakan jangkitan virus. Hanim baca HFMD sejenis jangkitan virus dan takde ubat specific untuknya, cuma perlu kurangkan gejala dan pastikan minum air secukupnya.

Masa ni memang teringat ke NANO PERAK je. 
Mujur la ada beli sebelumnya. Hanim beli kat website INI jugak.

Sumayyah ni hanim tak asingkan dengan kakaknya Hanifah. Biar je dorang main sama. Tapi setiap kali lepas mandi nak main sama memang hanim sembur nano perak kat blister, tapak tangan, dan tapak kaki. 

Sumayyah pun kerap merengek hari pertama 27hb tu sebab mulut dia tak selesa. Makan pun tak selera. Asyik cakap gigi gigi je. 
Makanya hanim kerap sembur nano perak kat mulut dia. Tapi kerap tu takde la sampai 30 kali sehari. Tu tak bagus.

Nano perak ni secara semulajadinya ada ciri antibakteria. Nano perak boleh membunuh bakteria, kulat, dan virus tertentu.

Sebab tu masa sumayyah kena HFMD tu hanim bancuh serbuk al manna sebagai sumber prebiotik dalam susu dia. Sumayyah masa tu tak selera makan, cuma boleh minum susu sejuk je.
Cerita prebiotik boleh baca pada post PROBIOTIC & PREBIOTIC


Hari ketiga 29hb, sumayyah dah berselera makan. Blister dua ketoi kat tangan pun dah kering. Rash kat tapak tangan dan  tapak kaki pun dah beransur pulih. 
Masa ni hanim dah stop sembur nano perak dalam mulut sumayyah. Cuma sembur nano perak kat tapak tangak, tapak kaki dan kesan blister kat tangan tu je.

Hari keempat terus clear. Alhamdulillah.

Kita tak nampak virus untuk halang dari terkena pada anak kita. Tapi kita boleh beri anak makanan yang lebih sihat untuk boost immune system mereka.
Salah satunya, BONE BROTH

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_