Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.
17 February 2013
Saya pilih ISLAM
Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat,
"Faridah, kau pilih siapa ? Hijau ke biru."
Dengan selambanya saya menjawab,
"Aku tak pilih parti tapi pilih PEMIMPIN. Tak kisah orang itu daripada parti mana, asalkan dia ISLAM dan bertanggungjawab."
Sememangnya saya cukup rimas bila ada yang tanya saya sokong mana. Saya cuma pilih ISLAM.
Dalam Al-Quran pun sudah bagi garis panduan untuk kita memilih pemimpin.
"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali* dengan meninggalkan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (tipu helah) memelihara diri daripada sesuatu yang mereka takuti. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap (seksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali(mu)."
(Surah Ali-'Imran, ayat 28)
*Auliya' adalah jama' dari kata wali bererti teman akrab, juga bererti pemimpin, pelindung, atau penolong.
"Sesungguhnya Allah menyuruh menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesunguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Nisa', ayat 58)
Orang yang tidak dapat memberikan kebajikan kepada manusia dan masyarakat, tidak layak memegang jawatan dalam pemerintahan.
Kebajikan yang dimaksudkan itu bukan hanya sekadar wang ringgit yang ditaburkan ke sana sini, dan bukan juga hiburan yang melalaikan. Tetapi kebajikan yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
"Khabarkan kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari ketakutan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah, bahawa semua kekuatan itu hanya milik Allah."
(Surah Al-Nisa', ayat 138 & 139)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukum kamu)?"
(Surah Al-Nisa', ayat 144)
Pilihan kita pada hari ini adalah penentu masa depan kita, bukan sekadar masa depan di dunia tetapi di akhirat juga.
Fikirlah dengan akal dan hati Islam sebelum memilih. Hindarilah diri memilih mengikut pandangan nafsu.
" Tidak kisahlah parti mana sekalipun, paling penting ISLAM. "
03 December 2012
Aku Datang Kau Pergi
Setelah sekian saya tidak mengulas mengenai CINTA di blog.
Kini, I'm back ! Yeah...
Seperti biasa saya tidak mempunyai kesempatan untuk menonton filem di panggung wayang. Sebenarnya tidak mempunyai teman juga untuk menonton di panggung wayang. Nak menonton sendirian ? Harapanlaaaaa...
Disebabkan tiada ruang waktu yang sesuai dan juga teman yang sesuai untuk menonton filem di panggung wayang, astro first selalu jadi pilihan untuk saya menonton filem. And, the best thing is I can watch it with my family. Happy Happy sangat....
Back to the basic story, LOVE.
Cinta yang saya belajar selepas menonton Istanbul Aku Datang.
YES... Ada yang tak bagus dalam cerita ini. Kisah cinta remaja yang terlalu bebas bergaul. Hei ! Boleh pula peluk sesuka hati...
Ok... Ok... Buruknya cerita ini jangan diikut.... Tapiiiii....
Pengajaran cerita ini boleh dijadikan peringatan untuk diri kita sendiri. Terutamanya bagi yang sedang mencari cinta HALAL. (Ayat sendiri untuk diri sendiri)
Apa yang saya dapat daripada menonton Istanbul Aku Datang ? Hehehe...
Check it out !
1) USAHA diperlukan dalam pencarian cinta.
Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha kan ? Tiada kejayaan yang datang tanpa kegagalan juga kan ? Kita pastinya akan lebih menghargai kejayaan selepas kegagalan.
Dalam setiap usaha mungkin akan ada kegagalan. Tapi, tak bermakna gagal sekali akan gagal selamanya. Jangan putus asa. Noted!
2) Tempoh MASA perkenalan yang lama tidak menjanjikan keserasian. Tidak semestinya kita sudah berkawan lama dengan dia, kita kenal seratus peratus tentang dia. Jika kita mahu kenal sifat sebenarnya dia, tengok tindakbalas dia ketika marah. Masa itulah baru kita tahu dia spesies manusia penyabar atau panas baran.
3) JODOH datang tanpa disangka.
Di sebalik kesulitan yang sedang kita hadapi ada seseorang terlibat akan jadi jodoh kita, mungkin ?
Dan, tidak semestinya orang yang kita benci tidak akan jadi jodoh kita.
Jangan terlalu membenci seseorang, kerana mungkin suatu hari nanti akan menjadi seseorang yang paling kita cintai. Jangan terlalu mencintai seseorang, kerana dia mungkin akan jadi kebencian kita suatu hari nanti. Bersederhanalah...
4) Jangan letak seratus peratus KEPERCAYAAN pada pasangan.
Kita sememangnya tidak boleh meletakkan seratus peratus kepercayaan pada seseorang sebab manusia tidak sempurna dan sikap seseorang itu boleh berubah tanpa disangka. Hati boleh berubah dan fikiran sentiasa baru. Harus sentiasa berhati-hati. Hanya letakkan seratus peratus kepercayaan pada Allah Maha Esa.
5) Jangan terlalu mudah untuk membuat ANDAIAN sebelum menyelidik.
Kadangkala andaian boleh dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Berhati-hati dengan tuduhan hati... Tuduhan hati boleh jadi fitnah jika kita lafazkan kepada orang lain dan hal itu tidak seperti yang disangka.
Buruk padahnyaaaa...
6) Seseorang yang BAIK akan ditakdirkan untuk pasangan yang baik.
Jangan risau.... Jika kita baik, In Sha Allah kita akan dapat pasangan yang baik. Siapa tak nak dapat pasangan yang baik kan ? Nak pasangan yang baik, jadilah baik. Senang ! Hee
7) Semakin laju kita mengejar cinta seseorang, semakin JAUH cinta itu akan pergi.
Ini serius ! Jangan terlalu mengejar cinta manusia.
Lumrah manusia.... Kita hanya akan rasa seseorang itu penting dalam kehidupan kita apabila kehilangan. Ketika berada di depan mata tidak dihargai pula.
Lagipun.... Cinta manusia semakin dikejar semakin jauh pergi, tapi cinta Allah semakin dikejar semakin dekat dengan diri kita.
Istanbul Aku Datang sangat comel ! Thats all.... Bye
14 October 2012
Sikap remeh pemandu punca kemalangan jalan raya.
Setiap hari pasti ada sahaja
kita dengar berita mengenai kemalangan jalan raya. Tak kesah la sama ada berita
itu kita dengar dari media elektronik, kita baca di media cetak, atau kita
lihatnya sendiri.
Dua tahun lepas saya pernah
melihat kemalangan jalan raya di simpang bemban, Melaka secara live. Masa itu
saya sedang makan di medan selera bemban. Mereka yang tinggal di sekitar bemban
pasti tahu mengenai simpang tiga yang berbahaya itu. Menurut peniaga makanan di
situ, hampir setiap hari kemalangan berlaku di simpang tersebut. Keluhan mereka
menunjukkan mereka sendiri pun sudah fobia melihat kemalangan yang berlaku
setiap hari di hadapan mata mereka. Tapi tiada apa-apa tindakan daripada pihak tertentu. Seharusnya di situ diwujudkan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan seperti itu berlaku berulang kali.
Baru-baru ini juga saya ada
ternampak satu situasi yang hampir menyebabkan kemalangan. Kejadiaan berlaku di
simpang berhampiran Jaya One, Petaling Jaya. Di simpang tersebut telah
diletakkan papan tanda tidak boleh U-turn tapi masih ramai yang U-turn di situ. Kedegilan
sesetengah pemandu yang mahu juga U-turn di situ telah menyusahkan ramai pihak,
dan kedegilan itu juga sebenarnya akan mengundang kemalangan. Kedegilan mereka juga
telah menyusahkan saya untuk melintas jalan.
Negara sudah lama merdeka tapi sikap kita tetap seperti mereka yang tidak merdeka.
Negara semakin maju tapi sikap kita seperti mereka yang tinggal di negara mundur.
DI MANA SILAPNYA ????
Kadangkala saya rasa sangat geram dengan sikap sesetengah pemandu yang tak reti bagi signal bila hendak tukar laluan pemanduan. Sesuka hati sahaja mahu ke kiri atau ke kanan tanpa memberi isyarat kepada pemandu lain. Dia fikir dia memandu seorang diri di atas jalan tersebut. Haish... Hari Jumaat lepas pun saya hampir sahaja kemalangan gara-gara sikap pemandu yang tahu cara untuk bagi signal. Nasib baik saya sempat mengelakkkan ke kiri dan mujur baik tiada kenderaan lain di situ. Alhamdulillah...
Untuk makluman semua yang sedang membaca, sikap kurang sopan penduduk
Makaysia tu sedang berada di ranking 34 antara 36 di seluruh dunia.
Dan, ada di antara sikap itu melibatkan sikap penduduk Malaysia di jalan raya. Bagus tak ? Huu... Sedih !
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat sopan santun ketimuran, tapi berada di atas jalan raya segala kesopanan terus hilang. Termasuk saya mungkin ? Errrr...
Antara sifat kurang sopan penduduk Malaysia di Jalan Raya :
- Pemandu U-turn di tempat yang tidak sepatutnya sehingga membahaya kenderaan lain.
- Pejalan kaki bergurau senda ketika di jalan sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.
- Pemandu tidak memberi signal ketika membelok atau ketika hendak menukar lane.
- Berbual ketika di traffic light sehingga tidak sedar lampu merah sudah bertukar warna hijau dan membuatkan pemandu lain tertunggu-tunggu.
- Memandu perlahan di lane paling kanan.
- Pemandu memotong barisan, terutamanya ketika di lampu isyarat
- Memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.
7 perkara yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pendapat saya sahaja. Lain orang lain pulak katanya.
Sebenarnya perkara nombor 7 tu saya selalu juga saya lakukan. Tak sopannya saya. Gugugu... Kadangkala keadaan dan masa mendesak. (-_-)
Sesiapa ada tips untuk tahan mengantuk ketika memandu waktu malam ?
Kongsi please.....
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


