Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

24 May 2022

Probiotic & Prebiotic

Prebiotic dan probiotic, kedua-duanya baik untuk usus kita. Tetapi keduanya membantu dalam cara yang berbeza.

Probiotic dan prebiotic berbeza tapi saling berkait. Usus kita perlukan probiotics dan bakteria baik dari probiotic perlukan prebiotics.
Prebiotic (makanan berserat tinggi) adalah sumber makanan untuk bakteria baik terus sihat dalam usus.
Ia menjadikan sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih baik. Usus sihat Insha'Allah badan pun sihat.

Hidup ni memang sentiasa saling memerlukan.


Apa itu probiotic ?

Probiotic mengandungi bakteria baik yang akan hidup di dalam usus kita dan baik untuk sistem penghadaman. Boleh dapatkannya melalui makanan yang ditapai, selain bentuk supplement.

Antara makanannya adalah,
Yogurt
Kefir
Sauerkraut
Tempeh
Kimchi
Miso
Kombucha
Acar
Sesetengah jenis keju

Walaupun kebanyakan jenis keju ditapai, ia tidak bermakna kesemuanya mengandungi probiotic. Itulah sebabnya penting untuk membaca label ingredients, pastikan ada perkataan "budaya hidup" atau "budaya aktif" pada label.
Penting tau baca label ingredients makanan.


Apa itu prebiotic ?

Prebiotic dapatkan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh seperti: 
Apples, Artichokes, Asparagus, Bananas, Barley, Berries, Flaxseed, Garlic, Green vegetables, Leeks, Legumes (peas and beans), Oats, Onions, Tomatoes


Serbuk al manna yang juga dikenali sebagai arabic gum juga merupakan sumber prebiotic.

Anak hanim, hanifah (5y) tak suka makan sayur. Jadi agak susah dia nak dapatkan sumber prebiotic. Makanya gantilah dengan arabic gum bancuh dalam susu. Bagusnya serbuk al manna keluaran Ameer ni mudah larut. Anak tak perasan pun ada benda lain selain serbuk susu fernleaf full cream dalam air susu dia. Seronok hanim tengok Sumayyah minum. Hanifah pun suka.

Serbuk al manna keluaran Ameer boleh dapatkan di SINI

07 May 2019

7 Tanda Awal Kehamilan


Berita gembira yang selalu dinantikan oleh setiap pasangan telah bernikah, adalah ......
positif ujian kehamilan.
Siapa yang tak seronok wei nak dapat baby.

Setiap orang berbeza tanda tanda pregnant. Macam dalam drama television biasa asal pregnant je pening pitam pengsan, asal pengsan je pregnant. Hah gitu la. Hehehe. 

Antara tanda tanda yang awal kehamilan hanim :

1) Loya
Loyanya lebih lagi dari loya loya gastrik tu. Susah sikit nak bawa bincang loya pregnant ni. Hurm. 

2) Alah bau
Hidung tetiba jadi lebih sensitif. Sebab tu bila terbau wangi or busuk jadi rimas dan loya. Padahal hari2 pakai sabun and softener yang sama. Pada hari kejadian tetiba jadi macam, eh kenapa baunya kuat sangat ni. Rimas pulak tetiba. Macam2 la haih. 

3) Demam
Tetiba demam panas. Selalu ambil masa 1 minggu camtu. Tapi tanda yang ni hanim selalu tak terus berteka teki pregnant, melainkan terselit tanda tanda lain. 

4) Perubahan fizikal
Perubahan fizikal malas la nak cerita. Faham a faham sendiri la. Hahaha. Senang cerita ada sedikit perubahan pada sebahagian fizikal wanita mengandung. 

5) Alahan gatal pada kulit
Alahan ni memang teruk sangat rasa masa pregnant anak first, Hanifah. Time tu pulak tak loya2 teruk sangat. Mulut sedap je makan apa pun. Bantai je apa pun, melainkan junk food. Itu memang Hanim tak makan time pregnant. 

6) Lidah kebas dan rasa pahit
Lidah rasa pahit ni kadang mengganggu hanim nak merasa makanan. Tu yang kadang bila masak time pregnant tak sedap sangat. Hahaha. Alasan! 

7) Tidak datang haid
Jika keluar darah time sepanjang pregnant tu bukan darah haid. Bleeding mungkin. Better check terus ke klinik. Memang ada yang pregnant sampai 6 bulan pun masih keluar darah. 


Hanim share pengalaman hanim je. If ada pengalaman lain boleh share kat ruangan komen. Seronok jugak baca pengalaman orang ni. Tahniah buat yang tengah pregnant! 


Hanim (tudung coklat) masa dengan kawan kawan UTHM ni tengah pregnant anak kedua.

16 August 2018

7 langkah utama perkahwinan


Pejam celik duduk bangun sekejap je usia perkahwinan saya sudah 2 tahun. Anak saya Siti Hanifah pun sudah 1 tahun. Lama dah saya draft post ni, tapi tak berkesempatan nak sambung ayat. Asyik tergendala je. Hari ni tetiba tersambung ayat tertunda pulak. Hehehe.


Antara 7 langkah utama untuk menuju ke hari pernikahan :

1. Cari calon suami/isteri

Paling utama dalam sebuah perkahwinan mestilah pasangan.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Jika tiada pasangan, dengan siapa pula kita nak bercampur. Hee...
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Ceritanya haruslah mencari calon-calon yang sesuai dahulu sebelum nak bernikah.
Tak jumpa lagi calon pasangan ? Boleh try p cari kat kenduri kawen.
Mana tau pengapit tu masih single ke. kahkahkah.



2. Merisik khabar dan bertunang

Kedua dua proses ni melibatkan keluarga sebelah lelaki dan perempuan. Masa saya takde proses merisik ni. Family dah kenal Sejak adik husband nikah dengan sepupu saya. Saya terus bertunang pada bulan Julai 2016. Family husband datang beraya sambil bertunang. Sambil menyelam minum air. Mujur baik tak tersedak. Hehehe.


3. Kursus Perkahwinan

Kursus perkahwinan perlu untuk kita tambah ilmu sebelum nikah.
Nak ambil kursus perkahwinan tak perlu tunggu ada calon pasangan. Saya ni dah terlambat sikit. Nak nikah baru duk kalut ambil kursus perkahwinan.


4. HIV test

Test ni kena ambil di klinik dan melibatkan sample darah. Saya buat jugak talasemia test.


5. Isi borang nikah

Isi borang untuk anak selangor mudah sikit. Tak perlu gigih nak menulis tangan. Isi borang online and print ja. Tak la tok kadi tu tau tulisan saya ni tak semegah. Hehehe.


6. Hantar borang nikah

Dah lepas settle borang nikah pijak perempuan dan lelaki, boleh hantar untuk urusan nikah. Yehuuu


7. Nikah

Orang kata lelaki nervous time nak lafaz nikah tu. Dapat pulak nama perempuan tu panjang dan susah sebut. Mak aih, berpeluh jantan la Si lelaki tu.
Mujur nama saya senang sebut walaupun panjang. Sekali lafaz je la husband saya.
Saya pulak tak dan nak nervous Sebab penat macam nak pengsan rasa masa pagi hari nak nikah tu. Tambah tidur tak cukup lagi duk urus hantaran sendiri. Huu.
Apapun Alhamdulillah dah selesai nikah pada 12 Disember 2016.


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_