Sudah jadi kebiasaan masyarakat Melayu mesti ada hantaran masa bertunang atau nikah, walaupun hanya sekadar satu dulang hantaran.
7 tips utama untuk hantaran bagi bakal bakal pengantin :
1. Abaikan adat yang membebankan
Saya tak mau ikut adat yang perempuan kena bagi lebih.
Tak cantik, Tak cantik sangat susunannya nanti.
DAN, tak adil jugakkkk... Hehehee.
Awak bagi saya tujuh jenis hantaran, saya pun bagi tujuh je la.
Sama banyak, Sama serasi. Barulah sweet terlebih gula ...
2. Kira duit di poket sendiri
Buat anggaran berapa kos untuk setiap dulang hantaran dan berapa dulang hantaran yang kita nak.
Sediakan bajet ikut kemampuan diri sendiri. Tak perlu sibuk nak selidik jiran sebelah dulu nikah bagi berapa banyak dulang hantaran. Selidik duit dalam akaun bank sendiri sahaja. Eh?
3. Pemilihan Barang hantaran
Senaraikan hantaran utama yang perlu diberi. Tak perlu banyak. Kadang yang sikit itu lebih menarik.
Tak perlu berjenama mahal. Paling penting kesemua barang digunakan selepas nikah nanti.
Sebelum saya nikah, ada juga yang beri cadangan untuk saya letakkan satu set lengkap penjagaan diri di dulang hantaran. Saya rasa macam satu pembaziran bila letakkan satu set lengkap yang ada banyak jenis barang, tapi hanya satu atau dua barang sahaja serasi digunakan.
Jadinya saya hanya mix and match barang-barang letak dalam satu dulang hantaran.
Contoh senarai barang hantaran ;
Dari pihak perempuan
1) Sejadah dan buku
2) Set dompet dan tali pinggang
3) T-shirt, perfume, haircare
4) Jam tangan
5) Chocolate
6) Kek
7) Sambal
Dari pihak lelaki
1) Telekung dan tafsir Al-Quran
2) Handbag
3) Set baju kurung dan parfume
4) Gelang
5) Chocolate
6) Kek
7) Buah
Beli barang hantaran yang kering dan tahan lama terlebih awal dahulu.
Tips untuk elakkan diri kita jadi kelam kabut bila dah dekat waktunya...macam saya
Hehehe...
4. Pemilihan warna dan hiasan
Pemilihan warna untuk hiasan hantaran penting bagi menaikkan keseriannya.
Elakkan pemilihan warna yang terlalu banyak. Hilang pula kemewahan barang hantaran yang mahal tu nanti.
Opssss ...
5. Guna semula
Gunakan barang sediakan di sekeliling kita untuk dijadikan hiasan barang hantaran.
Saya gunakan kotak yang ada di rumah untuk isikan chocolate 'emas'. Bolehlah jimat sikit duit.
6. Ringkas tapi menarik
Kurangkan hiasan bunga yang terlalu penuh supaya tidak tersembunyi barang hantaran yang mahal tu.
Saya gunakan bunga bunga kecil sahaja untuk dijadikan hiasan di tepi barang hantaran.
Mama tegur juga dulang saya kurang hiasan dan tak cukup bunga. Tapi sepupu dan kawan kawan segenarasi saya kata simple dan menarik.
Ok... Citarasa saya dan mama tak sama. Saya citarasa muda mudi. Ahaks ...
7. Abaikan 'apa orang akan kata'
Membayangkan hasil dulang hantaran yang sudah siap cantik tersusun cantik. Cantik ke idok ?
Jangan berimaginasikan apa yang orang lain akan cakap. Tak perlu kisah sangat pun apa yang mereka akan kata, melainkan...depa yang sponsor. Ohoi...
Segala gambar hantaran nikah yang terpampang dirakamkan oleh Art Musawwir Production.
Boleh klik link di bawah untuk melihat hasil kerja mereka ;