Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 June 2022

𝗖𝗶𝗰𝗮𝗸, 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗹𝗮𝘂

Bagi orang yang suka rumah bersih kemas mesti tak suka kehadiran cicak yang banyak dalam atau luar rumah. Sebab cicak ni suka tinggalkan taik dia merata. 

Tapi kalau rumah sewa lama memang akan ada banyak cicak. Teringat masa mula mula pindah 4 tahun lepas ke kuarters sekarang ni, punya banyak cicak sampai dorang main kejar kejar. Tetiba jatuh cicak dari siling time tengah basuh pinggan. Gelinyah.

Cicak ni suka dengan bau hapak dan keadaan yang lembap. Tu cicak suka menyorok belakang bingkai gambar la belakang jam dinding la belakang sofa la belakang rak la bawah belakang fridge la.

Ada dua je cara nak kurangkan kehadiran cicak dalam rumah,

1) 𝗕𝘂𝗻𝘂𝗵

Gunakan Lizant Racun Cicak. Ni memang antara racun cicak yang paling berkesan.
Hanim beli kat shopee. Ada dalam 4 kali jugak repeat lizant ni. Pernah beli jenis lain, tak berkesan. Rugi.

Cara hanim, hanim akan letakkan lizant pada perangkap lipas. Letakkan pada tempat yang ada kelibat cicak. Rumah hanim cicak suka menyorok bawah fridge. Memang selalu letak kat situ. Dah banyak yang tewas.

Perangkap lipas boleh dapatkan dari ecoshop atau lotus. Ni tempat yang hanim pernah beli.

Kalau nak beli kat shopee lizant dan perangkap lipas pun boleh. Ada yang jual.
🛒 https://shope.ee/5AEXXyOE6q

Maaf, gambar cicak mati takde. Pernah simpan sekejap je dalam phone. Geli.
Pinjam gambar orang je la. Sekarang dah tak perlu lizant. Alhamdulillah. Lega cicak berkurang dah.


2) 𝗛𝗮𝗹𝗮𝘂

Dulu masa terlalu banyak cicak memang hanim guna racun cicak je. Tapi sekarang halau je cicak yang suka masuk rumah tanpa izin.

Cara nak halau, segarkan rumah dengan bau yang dia tak suka. Antara bau yang cicak tak suka ialah clove, peppermint, eucalyptus.

Hanim pilih bau Eucalyptus untuk segarkan bau udara dalam rumah
Hanim beli kat shopee. Refill pun beli kat shopee setiap 2-3 bulan.
🛒 https://shope.ee/fm8E6txsP

Pembersihan permukaan dalam rumah pulak hanim guna lifebuoy multi-purpose cleaner. Boleh cari kat lotus atau eco plus. 
Kat shopee pun ada kalau nak borong. Harga lagi murah berbanding kedai.
🛒 https://shope.ee/3ATTCzcyDD

Berbaloi bila beli banyak dengan gunakan free shipping voucher,
🛒 https://shope.ee/30A30mbO4G

Spray penghalau cicak tu hanim guna untuk spray kat siling. Rumah kuarters hanim duduk ni silingnya tak rapat ke dinding bahagian atas. Ada ruangan untuk cicak mengintai kat situ. 
Kalau hanim nampak cicak nak masuk rumah je hanim spray terus dengan spray penghalau tikus/cicak. Lari terus cicak tu. Berminggu minggu jugak la dia serik nak datang.

Hanim beli kat shopee je.
🛒 https://shope.ee/8KBZLwJldg

Moga bermanfaat untuk mereka yang tengah rimas dengan kehadiran cicak cicak cicak kat rumah.

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_