Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa Melayu selalu kita dengar dan baca. Sejak sekolah lagi kita belajar. Bukan sahaja peribahasa perlu dibaca maknanya juga perlu dihafal makna, sebab nak jawab exam. >.<
Pernah baca Peribahasa Twitter ? Tak pernah kan ??? Hiks ~
Peribahasa Twitter adalah rekaan peribahasa berdasarkan Peribahasa Melayu.
Peribahasa Melayu selalu kita dengar dan baca. Sejak sekolah lagi kita belajar. Bukan sahaja peribahasa perlu dibaca maknanya juga perlu dihafal makna, sebab nak jawab exam. >.<
Pernah baca Peribahasa Twitter ? Tak pernah kan ??? Hiks ~
Peribahasa Twitter adalah rekaan peribahasa berdasarkan Peribahasa Melayu.
Jangan buat akaun twitter jika tidak mahu ada stalker.
Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Alang-alang bertweet biar sampai kena limit.
Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Biar mati facebook, jangan mati twitter.
Biar mati anak, jangan mati adat.
Terlajak retweet boleh di'undo', terlajak tweet malu sendiri.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Kerana marahkan stalker, twitter terus di'mangga'.
Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.
Kerana satu perkataan typo habis kecoh satu timeline.
Kerana telur sebiji riuh sekampung
Indah avatar dari rupa.
Indah khabar dari rupa.
Diam-diam timeline sunyi, Diam-diam @NazimNasri banyak tweet.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Bagaikan resam twitter, makin diam makin banyak tweetnya.
Bagaikan resam padi, makin berisi makin tunduk.
Bagaimana rentak tweetnya, begitulah sikap tuannya.
Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
Bagaikan @NazimNasri dengan BB.
Bagikan aur dengan tebing.
Jangan disangka tweet yang kelakar tiada pengajarannya.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Biar kena limit, jangan kena unfollow.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
BB sudah di tangan, tweet sudah di timeline.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
Hastag yang digunakan biar sampai jadi trending.
Genggam bara api biar sampai jadi debu.
Sediakan ayat sebelum tweet.
Sediakan payung sebelum hujan.
Bagaikan BB dalam genggaman.
Bagikan telur di hujung tanduk.
kerana santan pulut binasa, kerana tweet orang terasa.
kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan twitter.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Bagai sudah typo kena retweet pula.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Bagaikan tweet artis, rakan sebelah tidak diendahkan
Bagaikan anak kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan.
Bagaikan menegakkan tweet yang typo.
Bagaikan menegakkan benang yang basah.
Bagai @NurAizuddin yang sedang typo.
Bagai ayam mengeram telur.
Bagaikan follower yang bertambah selepas twtup.
Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Bagaikan ada stalker di sebalik followers.
Bagaikan ada udang disebalik batu.
Tak follow maka tak tahu.
Tak kenal maka tak cinta.
Bagai bertweet tanpa followers.
Bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai stalker dalam followers.
Bagai duri dalam daging.
Bagai @NazimNasri ditarik BB.
Bagai murai dicabut ekor.
Nak baca lebih banyak Peribahasa Twitter boleh klik #PeribahasaTwitter. Dari situ kamu akan tahu siapa yang hasilkan Peribahasa Twitter yang saya senaraikan itu.
Bicara Hati gadis : Menghasilkan Peribahasa Twitter ini menguji ingatan saya tentang Peribahasa Melayu sebenarnya.
ape nie?? tak paham.. hahaha XD
ReplyDeletexsgka plak mcm2 ek...:p
ReplyDeletelepas ni boleh jadi cikgu Bahasa Melayu ye kak :P
ReplyDeletehaha,,sempoilah :)
ReplyDeletebanyak betul tweetnya
ReplyDeletewahhh...kemain......hukhukhuk
ReplyDeleteperibahasa tweet pun boleh..heeehebtw, nape banyak nazim nasri tu..eh?heehe :)
ReplyDelete