Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

09 September 2011

Kongsi, Kumpul, dan Tebus


Perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup adalah berkongsi sesuatu dengan orang lain, kecuali berkongsi suami. Itu memang bukan sesuatu perkara yang menyeronokkan. >.<
Lebih menyeronokkan lagi bila kita dapat ganjaran dari perkongsian tersebut. Hee


"octove.com" adalah satu-satunya laman web sosial yang memberi ganjaran pada setiap apa yang kita kongsi. Beruntung bukan ?


Mungkin masih ramai yang tak tau apa sebenarnya OCTOVE tu.  (Gaya macam saya ni orang yang banci penduduk sampai boleh tau berapa ramai yang tak tau apa itu octove)

Sekarang saya sangat baik hati (baik hati ada makna.Hee) nak terangkan apa itu octove dan macam mana kamu boleh dapat ganjaran dari setiap perkongsian.
Baca-baca baik ya. Rugi tau if kamu baca skip skip. (bajet ada cctv kat blog sampai boleh tau ada orang baca entri main skip skip)


Octove adalah laman web sosial seumpana facebook (rasanya lagi advance kot), tetapi hak milik anak Malaysia. Kiranya laman web sosial tanahair la. Bangga kan, kan ? Sila kata ya untuk jaga hati saya. Ok, tak de kaitan dalam ini cerita. =.=


Octove beza memang berbeza. Saya berani katakan la yang fungsi octove lebih advance dari Facebook.


Antara kelebihan OCTOVE :

  • Live video streaming dari telefon bimbit
  • Boleh hubungkan terus dengan laman sosial lain. Part ni memang saya sangat suka. Kadang-kadang kemalasan melanda diri menyebabkan saya malas nak on Facebook and Twitter dalam satu masa. Kewujudan akaun Octove ini memang sangat membantu melayan kemalasan saya. Hee. Saya dah tak perlu nak on Facebook, lepas itu Twitter untuk updated cerita tentang saya. (bajet artis orang nak tau cerita pasal dia). Nak bagi tau pembaca yang saya sudah updated blog pun senang. Just share link kat octove, lepas itu dengan baik hatinya akan publish di Facebook dan Twitter juga.
First, taip apa yang kamu nak share dengan kawan.

Kemudian, set publish kat mana kamu nak publish.
Oleh sebab saya hanya ada Facebook and Twitter, so saya klik dua tu je. Hee


Status yang kamu updated di Octove tu akan keluar seperti di bawah ini;
Facebook

Twitter (@gadishanim)

  • Membantu pengguna mempromosi dan mengiklankan produk mereka. Saya hanya promosikan blog saya je. Buat masa ini la. Hee. Akan datang tak tau lagi.
  • Video chatting. Dah macam YM pulak hah. (dah lama tak on YM) Kamu boleh nampak fungsi chatting ini di bahagian bawah page, ada tab for chatting di situ. Apa yang bestnya kamu boleh set status kamu cam YM. Kamu juga boleh buat kamu invisible di mata kawan-kawan octove kamu. Syok kan ?

  • Bermain games online. Fungsi ini juga ada di bawah page octove tu. Sebaris dengan tab chatting. Bab games online ni saya tak mampu nak explain panjang-panjang sebab saya tak pernah cuba lagi. Maafkan saya. (baca dengan nada suara alih bahasa conan)


Octove juga menawarkan ganjaran pada setiap apa yang kamu share. Ganjarannya adalah points. Kamu kumpul points banyak-banyak. Lepas itu kamu boleh tebus points tersebut dengan baucer atau barang yang ditawarkan pada masa yang ditentukan.


Share banyak points pun akan banyak juga.
Saya join octove baru berapa minggu dah boleh dapat more 1000.
Kamu pun mesti boleh juga. ^_^ 


Jangan percaya pada setiap apa yang kamu baca di sini selagi kamu tak rasai pengalaman itu sendiri. Memang best dan berbaloi-baloi.

Jika berminat, kamu boleh mendaftar di SINI. Dah daftar tu boleh la add saya, Hanim Mahali as your friend. Add friends pun boleh tambah points jugak tau. ^_^



Bicara Hati gadis :
Nak kumpul points banyak-banyak. Time hadiah-hadiah menarik tertarik lagi da bomb baru nak redeem. Hee





3 comments :

  1. aritu octoman ckp..dorg nk wat due date utk point kite..sbab ramai yg kupul pint xmo redeem2..contohnya..yg 1st ranking tu..erkkk.. kbai :)

    ReplyDelete
  2. apa yang saya cari, terima kasih

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_