Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

07 September 2011

Alahai wartawan tak bergaji......




Yeah balik kampung ! Yeah !!!
Memang hati melompat-lompat kegirangan la time nak pulang ke kampung. Heh, hati dalam badan pun boleh melompat-lompat erk ? O.o

Nak pulang ke kampung tu memang seronok dapat jumpa sanak saudara rakan taulan kekasih lama.... TAPI,
Ada jugak tapi tu....

Tapi yang kurang best bila terpaksa berhadapan dengan para wartawan sukarela ni... Tak perlu nak hulur mikrofon dah bertalu soalan tersembur bersama air liur...

Masa zaman muda-muda ( tetiba terasa diri tua -_- ) dulu tak ada la terima banyak sangat soalan nak jawab, tapi sekarang.....
Amek berkepuk-kepuk soalan.... Dah mengalahkan soalan engineering susahnya. Overdose U...


Antara 3 soalan lazim yang ditanyakan oleh para wartawan sukarela :

  1. Sekarang kerja kat mana ? (soalan paling dibenci oleh penganggur bertauliah)
  2. Berapa gaji ? (mengalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri je)
  3. Bila nak kahwin ? (soalan paling susah abad ini.Susah bagi mereka yang tak de calon berkenaan.Huu)


Sebenarnya banyak lagi soalan yang selalu ditanya. Nak list semua dua entri pun tak cukup. Hee...
So saya bagi senarai emak-emak soalan sahaja, anak-anak soalan simpan ketat-ketat dalam peti besi.





Bicara Hati gadis : Soalan yang paling saya suka jawab soalan nombor 3. Konpiden je jawab dua tahun lagi, walaupun sebenarnya mata masih melilau mencari calon berkenaan. Hee








6 comments :

  1. " eh ni ke anak kau yang dah kawin tu? " tanya cik xxx kepada mak aku.

    aku duduk jauh, pandang, senyum sambil menyumpah serba sedikit. HAHAHA

    ReplyDelete
  2. hahaha .. sama la hanim -- sbb aku mls nak blk kmpg dah .. soalan sama je ditanya ..

    ReplyDelete
  3. hehe biasa la tu.. bila dah meningkat usia.dah keje..keje jauh2 pulak tu.. mesti orang duk tnya..

    btw trma kasih atas komen tu.. sebenarnya blog tu tak sepatutnya macam tu.. tapi 2,3hari lepas ntah kenapa tangan ni duk rasa gatal.. habis setting lari.. tertukar template lain.
    pastu x reti nak tukar balik.
    skrng biar macam tu je dulu.
    buat pengajaran pd diri sendiri.

    blog kamu pun comel.
    :)

    ReplyDelete
  4. Yang pertama dan ketiga tu memang soalan wajib.. :D

    ReplyDelete
  5. jwpn i : 25/12..tp taun xtau bila..gugugu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_