Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

13 September 2011

The Sultani Flamingo Hotel, Ampang



Hari-hari makan nasi lemak, roti canai, nasi ambeng, nasi ayam.... Bosan Bosan *geleng kepala*
Sekali-sekala nak jugak merasa makan sesuatu agak luar dari biasa. Hee...
Perut pun sudah pandai buat permintaan nak makan apa pada tuannya. (Heh,ini perut ke tuannya yang mengada?)

The Sultani Flamingo Hotel, Ampang salah satu restoran yang sesuai untuk mereka yang suka cuba sesuatu kelainan. Berada di Restoran Sultani terasa seperti berada di Moghul. Tak perlu nak susah payah kerepot kerut dahi nak tempah tiket kapal terbang untuk merasai suasana berada di Moghul, di Malaysia pun boleh. Hee.

Pertama kali saya melangkah masuk ke dalam restoran ini saya rasa sangat teruja. Baru masuk tengok suasana, belum lagi tengok makanan. Lepas tengok makanan yang berderet lagi la teruja. Rasa nak amek semua letak dalam pinggan je. Hee...
Pilih punya pilih, sekali saya cuma ambil samosa, nasi, butter chicken, dan ...... Ok saya dah lupa apa lagi saya makan.


Makanan untuk berbuka puasa.




Disebabkan saya sampai lambat ke restoran tu, saya tak dapat nak melahap lelama kat situ.
Kawan-kawan semua dah nak balik. Sedihhh....
Kempunan saya nak makan kebab.





Purata harga makanan di sini adalah di antara RM 5 hingga RM 30.

The Sultani juga menyediakan pakej buffet yang menarik
  • Hi-Tea Buffet (Sat & Sun, 12 pm - 4 pm)
                    Adult : RM 38 nett
                    Children : RM 25 nett
  • Sultani's Musical Buffet (Saturday, 7.30 pm - 11.00 pm)
                     RM 46 nett per guest





Untuk maklumat lanjut boleh layari  THE SULTANI


ATAU
Datang terus ke alamat tertera :


           The Sultani, 
           Level 5, Hotel Flamingo, 
           Tasik Ampang, 
           Jalan Hulu Kelang, 
           68000 Ampang, Selangor

Tel: 03 4251 7360
Fax: 03 4256 3188





The Sultani merupakan penaja makanan untuk majlis octove.com



Mereka yang memeriah majlis OCTOVE

    Picture credit to this girl






    6 comments :

    TERIMA KASIH !



     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_