Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

16 October 2011

Lelaki lembut itu 'DONUT' ?




Saya sangat suka DONUT. Lelaki lembut ? Pun suka jugak !
Tiada alasan untuk saya tidak suka atau membenci lelaki lembut. Mereka pun manusia jugak kan ?
Kenapa kita suka menilai manusia berdasarkan paras rupa dan perwatakan ? Asal muka jambu sikit, sopan n lembut sikit je kata mereka 'donut'. Apakah ???


Kenapa donut ? Kenapa ? Kenapa ?
Cuba kamu ambil donut dan tekan bahagian atas donut tu dengan hujung jari. Rasa apa ? Lembut kan. Itulah sebabnya lelaki seperti itu dikatakan donut.


Antara sifat-sifat lelaki yang selalu dikategorikan sebagai 'DONUT' :

  • Berkulit cerah
Selalunya lelaki kulit cerah lebih cenderung digelar sebagai lelaki lembut. Lagi-lagi muka ala -ala K-Pop, jambu gitu. Kenapalah kata lembut, kan encem tu ? :-p
  • Manja
Lelaki yang jenis rapat dengan keluarga atau jenis yang bermanja-manja dengan mak ayah la. Lelaki jenis ini memang agak lembut sikit. Eh ? Tapi tak bemakna mereka auw auw auw...

  •  Suka warna merah jambu (pink)
Warna pink (merah jambu) selalu dikaitkan dengan perempuan. Bila lelaki menggemari warna pink mesti mereka akan digelar lembut atau jambu. Auw... Warna merah jambu ini sebenarnya warna kasih sayang. Ia mampu meningkatkan kuasa pujukan terhadap seseorang. Lelaki pun boleh la suka warna pink ni, tak de masalah punya. ^_^

  • Suka memasak dan mengemas
Lelaki yang lebih cenderung untuk melakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh perempuan seperti mengemas, memasak, atau menjahit. Sangat untung dapat lelaki jenis ini ok ! Tak payah susah diri kerepotkan badan nak kemas hari-hari. Dia sedia membantu. Hee
 
  • Sopan-santun
Sopan-santun itu kan bagus. Tapi bila kesopanan seorang lelaki mengalahkan perempuan mula ada yang bersuara, LEMBUT....  O.o





Jika kamu perhatikan baik-baik lelaki yang kamu gelarkan lembut itu lebih suka berkawan dengan lelaki di kalangan mereka jugak. Adakah itu bermakna mereka gay ? Oh, tidak ! Jangan selalu berprasangka buruk terhadap golongan ini. Husnuzon...



" Mereka lebih senang bergaul dengan rakan-rakan lelaki 
kerana tidak perlu memikirkan hal-hal yang menyesakkan fikiran mereka. "




Drama DONUT di astro RIA ni memang kelakar dan banyak pengajarannya.



Bicara Hati gadis : Jangan menilai orang melalui pemerhatian sahaja tapi lakukan juga penyelidikan.




 

7 comments :

  1. alamakkkkk.pasni makan bigapple kompem teringat aww aww semua ni. hahahhah

    ReplyDelete
  2. Hahaha cakap pasal donut semua dok keluar big apple la Jco la ;p
    Apa2 pun donut2 pun best gak hape. I mean best berkawan kan!

    ReplyDelete
  3. err.. donut lembut ka? rsanya agar2 lg lembut.. hahaha...

    lembut smulajadi tu takleh nk kata apa..
    ini yg lembut menjadi2.. haish.. geli mak..

    ReplyDelete
  4. tapi kalau donut jual tepi jalan tu kadang2 keras =.=" hahaha

    ReplyDelete
  5. Kite suka makan donut! #tetiba

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_