Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

21 October 2011

Paranormal Activity 3 #TajukFilemSeram terbaik tahun ini


Oktober tahun ini memang sangat menggembirakan saya. First, dapat tiket TGV sempena birthday and the second one dijemput untuk Primiere Screening Paranormal Activity di GSC Midvalley. Weeeee.... Tengok dulu before release kat panggung wayang.


Paranormal Activity 3 is more more better than 1 and 2. Gerenti punyalah ! Konpiden je saya, padahal tak tengok pun Paranormal Activity 1 and 2. Hee... Salahkan gadis ini jika statement saya salah. Sebab dia yang kata 3 is better. lalala *buat muka tak bersalah*


Paranormal Activity 3 tidak seperti movie genre seram yang lain. Ia seumpama kamu menonton rancangan SEEKER.
Dialah pelakon, dia jugaklah jurukamera. Nampak ketamakannya di situ. Tapi itulah yang uniknya dalam Paranormal Activity 3. Apabila kamu menonton kamu akan terasa seolah-olah kamu di situ. Real punya !


Memang hilang la keayuan gadis melayu saya semasa menonton filem ni. ( Ayu la sangat kan >.< ) Seram punya hal.

Masa permulaan cerita semangat beliakkan mata (tipu!). Sekali masuk part seram terus menjerit sampai terangkat kaki. Malu youuuuuuuu... Rasa cam nak tutup muka dengan handbag. Orang lain tengok sopan je tak bersuara. Saya sahaja banyak bunyi.




Synopsis:
In 1988, young sisters Katie and Kristi encounter an invisible entity haunting their home. Although it appears friendly, it turns hostile, tormenting the young girls and their family. A scene near the start of the film, which is based before the second film, features Katie bringing over a box of video tapes to the home of her sister Kristi and after leaving Kristi starts to sort through some of tapes, being filmed by her husband Daniel.
< Credit to this girl >



Permulaan cerita sememangnya bahagia dan gembira, sepasang suami isteri (Kristi and Daniel) yang baru berpindah ke rumah baru. Tetapi kegembiraan itu bertukar menjadi seram apabila tape simpanan neneknya di tayangkan semula. Disitulah bermulanya kisah sebuah entiti yang mengganggu rumah Katie dan Kristi semasa mereka masih kanak-kanak. Kewujudan entiti tersebut telah menyebabkan hidup keluarga Katie dan Kristi pada masa itu terseksa. Lebih-lebih lagi apabila ibu dan teman lelaki adalah mangsa entiti tersebut.
Kamu pasti tak sangka yang pemilik entiti tersebut adalah ahli keluarga terhampir mereka. Serius terasa kejam sangat masa tu. O.o
Nak tau siapa pemilik entiti tersebut dan apa yang terjadi padi ibu Katie serta teman lelaki ibunya, kena tonton dan rasai keseramannya sendiri di pawagam. Mana boleh saya sorang sahaja rasa seram, kamu pun mesti kena jugak !





 Terima kasih pada pojiepooh sebab baik hati bagi saya tiket tu dan saya dapat berkenalan dengan #tunangkite yang dia selalu sebut tu. Hee. Suka !



SELAMAT MENONTON !





4 comments :

  1. Hehehe.. Tak sopan yer terkejut sampai angkat kaki ;p

    ReplyDelete
  2. haha eloklah tak tengok PA1 dan PA2 tu haaa

    kalau tak mau ada rasa tobat macam tanak tengok PA3

    tp mmg PA3 best !

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_