Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

05 May 2022

Huru Hara Hari Raya 2022

Tiba tiba hari raya, semua insan huru hara. Insan tu termasuklah hanim. Ramai yang fikir raya 3 Mei 2022, tapi Allah bagi peluang beraya pada 2 Mei 2022.

Sambutan Aidilfitri pada keesokkannya 2 Mei 2022 diputuskan selepas anak bulan Syawal disahkan kelihatan di satu daripada 29 lokasi cerapan rasmi.

Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jua la sebaik baik perancang.

Hari ahad 1 Mei tu hanim sekeluarga keluar untuk beli sikit barang.

Waktu pengumuman raya tu hanim sekeluarga baru nak makan di kedai. Tetiba husband dapat panggilan dari adik bongsunya bagi tau esok raya. Tergamam seketika hanim dengar.
Baju Melayu husband tak jumpa lagi.
Tudung kids untuk hanifah pun tak cari lagi. 
Dodol mama request tak buat lagi.
Terfikir nak buat sejenis lagi biskut raya. Ah, sudah !

Lepas selesai cari tudung kids, hanim terus ajak husband balik. Baju Melayu husband tu hentam je la guna warna pink. Padahal plan nak pakai semua maroon merah. Nasib la labu.

Hanifah 5 tahun la paling happy esoknya nak raya. Humaira baru 3 tahun memang takde perasaan lagi pasal raya ni.


Sesampai di rumah, memang hanim terus on thermomix bancuh adunan biskut, sambil kemas rumah. Selesai thermomix mengadun biskut, hanim terus proceed buat dodol. Tapi haruslah cuci dulu bowl thernomix tu. Kang dodol rasa cheese la rasa oreo la rasa butter la. Naiyaaa.

Sementara thermomix masak dodol durian, hanim bakar biskut, sambil basuh baju, sambil pack baju dalam bag.

Dodol ni lagi lama kacau lagi likat. Tapi sebab nak cepat siap dan cepat kemas semua perkakas, makanya buat dodol express je la.  Hanim bagi thermomix kacau dodol sejam je. Boleh la dari takde kan. Hehehe.


Saat ni memang hanim syukur sangat buat keputusan beli thermomix masa bulan Ramadhan tahun lepas, 2021.
Memudahkan kerja, boleh masak sambil buat kerja lain.

Walaupun sedikit huru hara di malam raya, tapi pagi raya kami tetap meriah dapat berkumpul semua 6 orang adik beradik. Alhamdulillah. 
Memang kecoh rumah mama abah dengan kebisingan cucu cucu.

Menyusun stok berlori lori
Dalam gelap pun mengira sakan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah silap harap dimaafkan

Selamat Hari Raya dari kami 
(Hakam, Hanim, Hanifah, Humaira)

2 comments :

  1. Selamat hari raya kat hanim. :D huru hara betul raya tahun nie. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. Kagum sungguh akak ada yang masih aktif blog.

      Delete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_