Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

01 April 2011

Perlu ada keberanian jika mahu berjaya

Kejayaan selalu menjadi impian setiap insan. Tiada sorang manusia pun tiada impian untuk berjaya dalam hidup. Cuma yang membezakan antara kita adalah keberanian. Berani untuk berusaha dan mencari peluang kejayaan.

Kejayaan tidak akan datang bergolek terkedek-kedek mencari kita. Kita yang yang perlu berlari mencari peluang kejayaan itu.


Semalam saya dapat tawaran kerja di Melaka. Mungkin ada yang kata jauh. Tapi saya tak kesah. Sebab itu peluang untuk saya bertapak dalam bidang kejuruteraan ni. Takkan saya nak lepaskannya semata-mata hanya kerana jauh? Nampak cam saya berani je kan? 
Padahal hati penuh debaran. Dari semalam debaran di hati tak berhenti. Memang tak berhenti la selagi saya tak start keja. Macam-macam saya fikir. Mampu ke saya nak jalankan tanggungjawab sebagai engineer ni? 
Nak kena bagi arahan pada semua sub-kontraktor yang terlibat. Nak kena periksa setiap fasa pembinaan. Nak kena pastikan pembinaan yang dijalankan mematuhi piawaian. Nak kena sediakan jadual pembinaan sebelum bermulanya sesebuah projek dan pastikan pembinaan mengikut jadual yang dibuat untuk mengelakkan kelewatan. Berat rasa bahu ini nak menanggung semua itu. Terasa diri ini kecil. Tapi sampai bila saya nak rasa macam tu kan? Saya perlu tampil kehadapan. Beranikan diri. 
* Semoga semuanya akan berjalan lancar... AMIN *



Begitu juga dalam dunia blog, kita perlu berani jika kita mahu berjaya. ^_^



 " Perlu berani melangkah tangga peluang untuk sampai ke puncak kejayaan "
GANBATE !!!

11 comments :

  1. wahlamak,byknye buku!
    *gambar je pun*
    apa2 pun,all the best! (:

    ReplyDelete
  2. wah..construction industry..saya berdebar nak masuk..T.T

    ReplyDelete
  3. heheheh.. gudlak KAK hanim!!!.. =)

    ReplyDelete
  4. gudluk sis ! semoga jadi engineer berjaya ! persetankan kata2 negatif sekeliling tu ! :)

    ReplyDelete
  5. esok kitewww g melaka..#tetibe...:P


    NAK BTAU TU JEEEE...




    GUD LUCK ADEK HANIM!!!!! :P

    ReplyDelete
  6. uhuhu...dah jadi orng jauh dah nie..sedih2, apa pun, gud luck ye kakak bajet cumil..ihihi

    ReplyDelete
  7. good luck :) moga segalanya berjalan lancar dan dapat kerja dgn baik,

    doakan aku juga untuk menjadi pegawai maritim, mempertahankan perairan negara,

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_