Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

16 May 2011

Terima Kasih cikgu! Kerana cikgu saya dapat merasa jadi jurutera.



Start mula bercakap masa berumur 5 tahun. Lambat kan? T_T


Bila masuk tadika 6 tahun saya masih pelat dalam pertuturan. Tak lancar. Selalu saja digelak dengan kawan-kawan. Tapi cikgu tadika saya tetap kata saya bagus. Dia kata saya sangat berani jawab soalan even cakap pelat. Cikgu layankan je apa saya cakap even dia tak berapa nak paham. Sayang cikgu!!! Cikgu pun masih ingat saya sampai sekarang. Terima kasih... ^_^


Masa darjah tiga saya pernah diketok dengan buku teks matematik yang tebal berpuluh-puluh helai sebab salah jawab soalan dalam buku latihan. Pasai ni la kot ketinggian saya terbantut je. Hee...
Lepas diketok tu terus saya marah marah. Mana tak marahnya, sakit tau! Bukannya sekali je kena ketok. Banyak kali. Kalau satu soalan salah 3 kali kena ketok. 5 soalan dah berapa.... Sakitnya kepala... Tetiba terasa sakitnya sekarang.
Tapi bila saya tengok diri saya sekarang, saya berterima kasih sangat pada cikgu yang ketok kepala saya tu. Terima kasih cikgu! Kerana cikgu lah saya sangat pandai dalam matematik. Pandai ke? Hehehe... Pandai la jugak....


Masa darjah enam pun saya pernah diketok. Ketok lagi.... T_T
Saya diketok di dahi dengan bola pingpong yang dibalut lapisan aluminium. Kali ini bukan kerana saya salah jawab. Semua sebab budak belakang saya salah jawab soalan Sains yang cikgu tanya. Tak pasal pasal saya yang kena. Sabar je la....
Sejak dari saat itu, saya belajar subjek Sains bersungguh-sungguh. Saya belajar dan belajar sampai lah saya boleh dapat markah hampir penuh untuk setiap kertas soalan yang cikgu beri. Saya nak buktikan pada cikgu yang saya bagus. Bagus kan cikgu ketok kepala saya? Jika tidak mesti saya akan terus leka dan tak berjaya cam sekarang. Terima kasih cikgu!


Masa tingkatan dua saya pernah ternampak kakak and abang tingkatan tiga didenda berjemur kat dataran perhimpunan sebab dapat markah rendah dalam subjek kemahiran hidup. Saya tengok cikgunya pun garang je. Bila saya masuk tingkatan tiga cikgu yang garang tu jugak ajar saya subjek kemahiran hidup. Sebab cikgu garang saya belajar bersungguh-sungguh. Saya berjaya dapat 90% ++ masa ujian pertama. Sepanjang tahun saya belajar bersungguh-sungguh untuk subjek tu. Saya tak mau kena denda dengan cikgu. Cikgu garang. Alhamdulillah saya dapat A untuk subjek kemahiran hidup. Terima kasih cikgu sebab garang dengan saya masa mengajar. Jika cikgu tak garang mesti saya malas belajar.


Masa tingkatan empat saya dapat cikgu yang baik sangat. Cikgu mengajar subjek kimia masa tu. Tingkatan lima pun cikgu tu ajar saya jugak. Cikgu ajar subjek matematik dan kimia. Cikgu jugak guru kelas kami. Cikgu saya sangat amek berat pasal anak-anak muridnya. Cikgu bagi saya pinjam buku-buku latihan yang cikgu ada supaya saya boleh belajar. Cikgu layankan aje saya bila saya tak paham. Saya tau cikgu amat susah nak pahamkan saya masa tu. Terima kasih cikgu! Kerana kesabaran dan keprihatinan cikgu saya minat subjek kimia. Masuk universiti pun saya masih minat subjek kimia ni. Saya jadi bahan rujukan rakan-rakan kelas untuk subjek ni. Terima kasih lagi sekali. Terima kasih cikgu.




Terima kasih buat semua guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya. Tanpa semua pendidik ni mesti saya takkan mampu capai cita cita saya untuk jadi seorang jurutera.





Dedikasi khas untuk :
Guru Tadika Tanjung Keramat (1992)
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat (1993-1998)
Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor (1999-2003)
Pensyarah-pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2004-2010)





TERIMA KASIH
SELAMAT HARI GURU







Rasa cam saya dah mula jatuh cinta dengan kerjaya guru ni je sejak tonton Gemilang di TV3 setiap hari Isnin.





8 comments :

  1. woah. cita2 memang nak jadi jurutera ya? :) btw, tanjung keramat tu area mana eh ?

    ReplyDelete
  2. @EYFAalias tanjung keramat tu kat Kuala Selangor...

    ReplyDelete
  3. betul ! best tengok cite gemilang tu ;)

    ReplyDelete
  4. pangjangnyaa.. ngantuk da baca T_T
    sedih plak baca story ni . taktau nape T_T

    ReplyDelete
  5. ingat lagi nama cikgu kat tjg keramat..CIKGU KAMSIATUN..erkk..betul ke aku eja tu??ke TIN ek??:P

    ReplyDelete
  6. berkat cikgu garang n cikgu baik.. hehe.. tahniah cikgu sbb curah ilmu kt budak ni sampai dia bleh jd jurutera..

    hye dak pelat.. :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_