Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 October 2010

Final Gadis Melayu pada 29 Oktober 2010

Hari ini tetiba pulak saya berbesar hati mahu cerita pasal Gadis Melayu disebabkan malam kemuncaknya jatuh pada tarikh .... Isk, malu lah saya nak cakap . Hehehe... Tarikh hari lahir saya . Jangan jeles ya gadis-gadis di luar sana ( '_____' ) *senyum sampai ke telinga* .
Saya suka sangat tengok Gadis Melayu sejak siri pertama lagi . Masa first time tv9 war-warkan audition pencarian Gadis Melayu pada 2 tahun lepas , saya terus simpan angan-angan mahu pergi audition tu . Angan-angan Mat Jenin la katakan .
Di sepanjang perhatian saya untuk ketiga-tiga siri Gadis  Melayu ini , saya lebih suka melihat siri yang pertama . Memang terselah kemelayuan dan kesopanan seorang gadis Melayu . Saya harap Gadis Melayu 4 nanti , tv9 akan cuba serlahkan semula ciri-ciri itu . Harap sangat ni .

Enough ! Sekarang saya nak perkenalkan wajah-wajah Gadis Melayu 3 .


1. Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor
2. Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang
3. Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah
4. Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor
5. Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selango
6. Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang
7. Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor
8. Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor
9. Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah


Sesiapa yang terlepas menyaksikan episod Gadis Melayu 3 yang sebelum ini , boleh saksikan ulang tayangnya di sini.


Jangan lupa saksikan MALAM KEMUNCAK GADIS MELAYU 3 secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 29 Oktober 2010 , 8.30 malam di TV9!

3 comments :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_