Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

28 May 2011

Kasihnya Ibu


Hari ni aku mampu tersenyum, bercakap, dan berjalan semuanya kerana kasih mama padaku. Mama membesarkan anaknya ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. 


Mama masih mampu tersenyum di saat kelahiranku walaupun setelah bertarung nyawa melahirkan aku yang seberat 3.9kg.
Setiap malam di saat abah sedang berdengkur, mama sanggup bangun mencelik mata hanya kerana ingin membancuh susu untukku. Mama tidak sanggup mendengar tangisan kelaparan anaknya ini. Di siang hari mama tetap melayan kerenahku dengan senyuman walaupun mama tak cukup rehat di malam hari. 


Di saat diri ini tidak mampu berkata-kata seperti kanak-kanak lain, mama tetap sabar melayan kerenahku. Tiada jeritan yang dilemparkan padaku walaupun aku selalu menarik baju untuk memanggil mama bila inginkan sesuatu.


Mama selalu sediakan bekalan makanan pada setiap hari untuk aku sebelum aku pergi sekolah. Mama tak pernah mengadu keletihan walaupun mama membantu abah mencari sesuap nasi disamping menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah. Bermacam-macam kerja mama lakukan hanya untuk membantu abah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Mama pernah berjual dari rumah ke rumah, memasak, dan menjaga baby untuk memenuhi keperluan kami adik-beradik. Mama kuat melakukan pelbagai kerja kerana kasihnya pada anak-anak.


Mama sangat memahami anak-anaknya. Mama bukan sekadar ibu pada aku, tapi mama juga BFF aku. Kami selalu berkongsi cerita bersama. Cerita jejaka H pun mama tau. Jejaka H tu cerita lama, tak perlu nak ungkit lagi. T_T



Kasihnya Ibu pada anak-anaknya takkan pernah luntur hanya kerana sebotol clorox, dan tak pernah hilang walaupun dilanda ombak tsunami.



Lepas menang RM 50 dari joegrimjow, saya nak bawa mama makan di Pizza Hut. Di situ kami boleh makan, berkongsi cerita, dan bergelak tawa bersama. (Berangan mengalahkan mat jenin)
Hadiah yang diberikan oleh joegrimjow adalah anjuran bersama Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com





Bicara Hati gadis : Entri kali ini terpaksa gunakan panggilan diri aku. *wink2*





7 comments :

  1. sedihnya bila baca cerita ni..

    banyak kan pengorbanan emak kita..

    emak saya pon macam tu jugak... sayang emak :D

    ReplyDelete
  2. nak jugak makan pizza....
    hehehe...hanim!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. waa..nice post :)

    3.9 masa lahir?besar tu..hehe :)tp bila besar tak pulak

    ReplyDelete
  4. kasih ibu mmbawa ke syurga
    tdk tbalas jasa mereka kan ;)

    tahniah mnang ^__^

    ReplyDelete
  5. thx u
    keputusan pukul 12 nanti hari ni ya
    jangan lupa tengok2 =)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_