Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

05 January 2011

bukan TIRAMISU



Sebut sahaja tiramisu pasti U all terbayang drama bersiri tv3 pukul 6.30 7 petang tu. Ceritanya menarik. Lagi lagi bila ada adik Mia Sara. Oh Mia Sara, Oh Tiramisu..... Memang menjadi igauan ramai.




Ada juga yang terbayang kek yang sedap dan lembut. Nyum Nyum. Memang terliur la tengok drama tiramisu tu. Wajah kek pasti berlegar legar di keliling kepala. Terus mengidam.




Tetiba teringat pasal kek batik. Menjadi sebutan kawan kawan universiti. Mereka kata kek batik saya buat sedap. Tak lembik and tak melekit kat tangan even lama terdedah pada suhu bilik. Ada juga yang cakap tak muak. Tempahan raya tahun lepas pun menggalakkan. Sekali makan pasti nak lagi. Wokey.... yang last tu saya sendiri yang cakap. 
Kamu tak percaya apa mereka kata? Tak percaya cuba buat pakai resepi saya bagi ni.


Bahan-bahan :
  1. Segenggam agar-agar kering, basuh, dan rendam dalam air. *kecilkan genggaman yang besar untuk menyukat agar-agar ni, sebab tak perlu banyak*
  2. 1 cawan air.
  3. 1 cawan marjerin.
  4. 1/2 cawan serbuk koko. Jika suka lebih rasa koko, guna 1 cawan.
  5. 1 1/2cawan susu cair.
  6. 1/3 cawan susu pekat.
  7. 3 biji telur.
  8. 1/3 cawan gula halus. *kurangkan gula tambahkan kesihatan*
  9. 3/4 kg biskut marie yang telah dipatah dua. *patah dua sahaja wokey, nanti tak chantek pulak keknya*

Cara-cara :
  1. Tapis agar-agar dan masuk dalam periuk atau kuali besar.
  2. Tuangkan 1 cawan air dan masak sehingga mendidih serta lebur semua agar-agar.
  3. Masukkan 1 cawan marjerin dan kacau sehingga cair. *pastikan api tidak terlalu besar*
  4. Bancuh serbuk koko dengan 1 cawan susu cair dan masukkan dalam bancuhan.
  5. Pukul telur dengan gula halus sampai kembang. Tak perlu gebu sangat.
  6. Masukkan susu pekat dalam bancuhan dan rasa. Tambah setengah lagi cawan susu cair jika rasa terlalu pahit or kurang lemak.
  7. Masukkan telur yang telah dipukul.
  8. Kuatkan sedikit api. Masukkan biskut marie sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi cairan.
  9. Angkat dan masukkan dalam loyang. Tekan tekan bagi padat dan ratakan bagi chumel.




Esok perlu pergi cari barang buat kek batik. Dah lama tak buat ni. Tetiba teringin pulak makan air tangan sendiri... ekekeke




SELAMAT MENCUBA





22 comments :

  1. ohoohh sdap wehh tiramisu kek nie i loikee..

    ReplyDelete
  2. eh, tak pernah buat kek batik guna agar2 la..

    ReplyDelete
  3. agar-agar tu la secret recipe untuk hasilkan kek batik yang sedap.:h:

    ReplyDelete
  4. wahhh.. bg0s gak awk neh.. terjemahh pmbuatan tiramisu..

    klu yee pn.. jgn telalu 0bses nan citew kat tb3 tuh..

    ^_^

    ReplyDelete
  5. rajin masak amatlah bagus bagi siapa yang menjadi suami Hanim nanti..

    :h:

    ReplyDelete
  6. salam..

    sangat sedap tu...:)

    ReplyDelete
  7. yummyy....tira cm nama sy je..huhuhu

    ReplyDelete
  8. ingatkan tiramisu tu dr tiram haha..

    mcm best!!

    ReplyDelete
  9. Haah.. Wat kek batik guna agar-agar ek.. Pes time juge dengar.. Tapi selama ni saya tukang makan jek, nak wat malas.. Ekeke..

    ReplyDelete
  10. xpnh tgk plak cte ni? cte pasal chef ker?

    ReplyDelete
  11. sodap nyer...pasni nak try wt guna resepi pakai agar-agar.

    dtg ni gtaw, hanim dah kene tag kat sini
    http://ainaeira.blogspot.com/2011/01/keychain-contest.html

    ReplyDelete
  12. nak rasa sekali boleh tak Nim...

    ReplyDelete
  13. tak ikut sangat citer tu.

    kek batik tu kek kegemaran waktu bulan puasa. saya lebih suka pakai milo..tak pekat sangat

    ReplyDelete
  14. okeh..
    nnt ak try ye recipe kek batik nih..
    hehe..
    tengkiuu faridah!

    ReplyDelete
  15. aik...pmote balik mcm yang diceritakan dlm kreta tadi..ihih.aku nak try buatlah..tp, sah2 bom oven tu.ahahha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_