Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

28 February 2011

Orang panas baran tak boleh berubah???

Nobody perfect. Saya tahu tu. Tapi kita sebagai manusia, perlu ambil inisiatif untuk mengubah diri sendiri.

Saya dulu bukan seorang yang penyabar, cepat marah. Sekarang saya mampu mengawal emosi dan amarah saya. Memang bukan senang nak atasi semua tu, tapi paling tidak kita berusaha untuk jadikan diri seorang Insan yang lebih baik. Tidak cepat marah, pandai jaga keaiban orang lain, sabar.... Semua ini kan tuntutan agama Islam???

Saya masih ingat lagi kisah masa saya kecik kecik dulu. Saya seorang cepat nak melenting dan mengamuk. Adik-adik selalu jadi mangsa keadaan.
Paling dahsyat sekali peristiwa pada suatu petang. Masa tu kami semua baru balik dari bersiar-siar dengan basikal, dan adik saya orang paling akhir pulang ke rumah. Seperti biasa orang yang terkahir kena rantaikan semua basikal dan kuncikan mangganya. Disebabkan dia tak tahu mana letaknya mangga *bukan buah mangga erk* tu, dia tanya pada saya. Saya bagi tau la kat mana letak mangga tu. Tak jumpa, tanya lagi dan bising-bising. Saya cakap cari dengan mata bukan mulut. Dia bising lagi tak jumpa. Saya mula naik berang. Saya berjalan laju dengan perasaan marah dan ambil mangga tu terus baling ke adik saya. Tepat terkena pada dahi. Terus berdarah.
Lepas tu baru sedar yang saya tak patut buat macam tu. Disebabkan perasaan marah yang tak dikawal macam-macam boleh berlaku. Sejak itu saya berusaha untuk berubah.

Hari-hari saya berdoa supaya menjadi seorang yang penyabar. Saya dekatkan diri pada Allah. Sucikan hati. Rajinkan diri baca Al-Quran. Semua ini boleh bantu kita.
Jangan sesekali berputus memohon pertolongan dariNya.

Ramai kawan-kawan tak percaya bila saya cerita kesah ini pada mereka. Ramai yang kata saya tipu. Ini bukan cerita rekaan semata-mata yang hanya mahukan publisiti, tapi realiti kehidupan saya. Saya mahu kongsikan bersama kamu semua untuk dijadikan pedoman masa akan datang. Jika saya boleh mengubah diri saya dari seorang pemarah kepada seorang penyabar. Kenapa anda tidak???


*picture credit to google*

5 comments :

  1. betul..sentiasala berdoa kepada Allah...
    nizam sendiri pun panas baran dulu..cuma skg okla .. alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  2. "robbana afrigh 'alaina sobron wa tawaffana minal muslimin" <-- ayah aku ajar.

    ReplyDelete
  3. setiap org mampu berubah..just terpulang nak atau tidak je...:)


    broga..broga..broga..

    ReplyDelete
  4. ijm x pns brn..tp..suke mrh org kalo tgh LAPAR...hehehehe
    =P

    ReplyDelete
  5. betol tu... setiap orang mampu berubah...
    Terima kasih milah hasan kerana berkongsi doa tu... ^__^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_