Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

30 March 2011

Kaitan warna merah dan selera makan

Warna merah selalu dikaitkan dengan keberanian. Tapi tahukah kamu warna merah juga berkait rapat dengan selera makan? Saya pernah terdengar tentang kaitan warna merah dan selera makan ni  di rancangan tv3 WHI (Wanita Hari Ini). Siri yang mana satu saya dah tak ingat. Kesan dah banyak sangat tertelan semut dalam minuman ~



Merah merupakan satu warna yang penuh emosi dan bertenaga. Ia meningkatkan kadar pernafasan dan tekanan darah, serta merangsang selera makan. Disebabkan warna merah mampu memberi rangsangan kepada selera makan, ia sering digunakan di restoran-restoran dan merupakan pilihan yang bagus untuk ruangan makan di rumah.
Sumber : lifemojo



Warna merah mampu meningkatkan selera makan kita. Serius!

Saya pernah pergi beraya di rumah kawan, kawasan ruang tamunya penuh dengan warna merah. Warna langsing merah, kerusi sofa warna merah, carpet merah, bekas bekas kuih merah. sampai mata saya pun naik merah nengoknya.

Kesan suasana warna merah tu telah membuatkan kami semua rasa lapar semula selepas beberapa minit makan di rumah orang lain.
Lepas tu boleh pulak tangan tak berhenti nak ambil makanan masuk mulut. Makan aje. Mula mula makan nasi impit, lepas tu kek, kuih raya, kerepek....Dahsyat betol selera makan masa tu, tidak seperti biasa. Ni kalau hari hari duk mengadap makanan kat ruang makan yang merah cenggitu, memang boleh tembam jadinya.

 
Jika kamu mahu menurunkan berat badan, kamu tidak digalakkan untuk makan di dalam pinggan merah atau duduk di sekitar kawasan yang berwarna merah. Lebih digalakkan untuk makan menggunakan pinggan berwarna gelap atau hitam, kerana warna-warna gelap ini mampu mengurangkan selera makan.

7 comments :

  1. warna merah oren n kuning memang biasa digunakan bila di restoran. Memang boleh menaikkan selera makan. :D

    ape pun thanks sebab follow.. ku follow kamu juge :D

    ReplyDelete
  2. bak mai pinggan hitam. moge boleh kurus saye ni. HAHA

    ReplyDelete
  3. ye eh merah tu bleh buat rasa nk makan...ummm kalau hijau ;)

    ReplyDelete
  4. merah itu sexy...heee..lps ni xmau guna pnggn merah lg..

    ReplyDelete
  5. nak pinggan hitam je lah lepas ni...

    ReplyDelete
  6. selalu pinggan warna putih je..so mcm mana?

    ReplyDelete
  7. apsl sy cat ruang makan kale merah selera mkn ank2 x sngt pn..ishh..sbb msk xsdp ke..huhkkk..huk..sedih

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_