Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

02 March 2011

Membela biawak di dalam rumah

Siapa sangka biawak telah duduk menetap kat rumah saya selama 3 hari. Dahsyat Dahsyat... 
Membela binatang seperti biawak ni bukan senang.

Hari hari kena menyanyi supaya biawak tu takkan keluar mengejut sehingga menyebabkan saya sakit jantung. Nak berjalan pun kena tengok kiri kanan seperti nak melintas di jalan raya.
Rasa tak aman duduk di rumah sendiri. Rasa macam ada musuh sedang menghendap.

Kerana biawak saya semakin ingat lirik, kerana biawak jugak saya berjalan dengan sangat sopan.

Semua kerana BIAWAK!!!!

Gambar hanya sekadar hiasan semata-mata
*wink2*


Penat abah mencari biawak tu dimerata-rata tempat, tapi tak jumpa. Pandai pulak biawak tu main sorok sorok.

Masa semua orang laki tak ada di rumah boleh pulak biawak tu main cak cak. Keluarkan kepala di celah susunan bukulah. Berjalan ayu depan mata lah. Adeh... Saja je tau biawak ni... Geeerrrr ~

Ikut hati nak sahaja saya p terkup biawak tu dan masukkan dalam guni. Lepas tu jual. Boleh jugak dapat duit. Itu ikut hati yang konon konon berani. Masalah sekarang saya tak seberani itu. T_T

Hari ni tak de pulak dengan bunyi bunyi biawak tu lagi. Rasanya dia dah jumpa jalan keluar.
Tak de bunyi seperti cakaran kucing sewaktu biawak nak memanjat menyembunyikan diri. Biawak tu bajet dia cicakman la tu nak panjat-panjat.

Rasa aman sikit. Sikit sahaja la, sebab tak nak nampak bila masa biawak tu keluar. Kan bagus jika ada alat pengesan biawak. Tak ada lah si T J tu jadi James Bond nak mencari biawak tu. Tak pasal kucing jadi mangsa mengesan biawak.... hehehe


Dimana-mana ada bahaya. Kita kena sentiasa berhati-hati. 

Utamakan keselamatan diri ^_^

6 comments :

  1. eeeeeeeeee biar betol..
    geli gelaman den baco..

    ReplyDelete
  2. hahaha...dulu kat kg...biawak suke curik telur ayam...sgt kejam itu biawak

    ReplyDelete
  3. biawak~ hurm... laju die kejar oo

    ReplyDelete
  4. jupe?? kiut ape biawak (ketar2 taip nehh)

    ReplyDelete
  5. waaa cmne tuh, tetibe biawak kuorkan kepala kt celah2 buku la ...ishh geli lak baca..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_